Kos sara hidup dijangka terus meningkat tahun 2017


 
Tahun 2016 baharu sahaja melabuhkan tirai pada beberapa hari yang lepas. Beberapa petunjuk ekonomi jelas memperlihat keadaan ekonomi tahun 2016 yang lemah dan bebanan peningkatan kos sara hidup yang dirasai isi rumah.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun 2016 dijangka bertumbuh pada kadar 4.3% berbanding 5.0% pada tahun 2015. Kadar pertumbuhan gaji dan upah dijangka akan menurun berbanding 5.4% pada tahun 2015 selari dengan penyusutan KDNK.

Sehingga November 2016, kadar inflasi tahun 2016 menurun sebanyak 0.1% kepada 2.0% tetapi harga makanan terus meningkat sebanyak 3.7%. Purata nilai Ringgit telah menyusut sebanyak 2.5% pada Disember 2016 berbanding dengan kadar purata pada Januari 2016, iaitu RM4.35 bagi setiap dolar AS.

Kadar gaji dan upah yang menyusut serta peningkatan harga makanan memberi tekanan kepada kos sara hidup isi rumah pada tahun 2016. Isi rumah turut terkesan secara tidak langsung akibat daripada penyusutan nilai tukaran Ringgit dan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang perlahan. 

Bagaimana dengan prospek 2017? Prestasi ekonomi 2016 memberi isyarat awal bahawa wujud kecenderungan tinggi untuk kos sara hidup terus meningkat jika tiga perkara berikut tidak diberi perhatian.


Oleh: Dr. Mohd Yusof Saari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia
Email:
mysaari@gmail.com / yusofsaari_upm@upm.edu.my


sumber : http://www.upm.edu.my/artikel/kos_sara_hidup_dijangka_terus_meningkat_tahun_2017-30199



Teknologi Baharu

Memaparkan teknologi baharu dan terkini merangkumi hasil penyelidikan R&D, paten, reka bentuk perindustrian,  hakcipta,  cap dagangan dan variasi tumbuhan baharu terutamanya hasil penyelidikan universiti  [UPM, UM, USM, UTM, UKM] di Malaysia
http://teknologibaharu.weebly.com/

Comments

Popular Posts